Friday, December 7, 2012

Bicara itu

Aku tak tahu sampai bila harus aku hadapi semua ini.. Aku tak tahu sama ada aku kuat atau tidak untuk aku hadapi dugaan ini lagi.. Hakikatnya, aku sudah tidak larat hidup begini.. Aku sudah tidak mampu untuk bertahan.. Aku sudah tidak punya daya menghadapi dugaan ini lagi..

Salahkah aku? Zalimkah aku? Kejamkah aku? Derhakakah aku?

Salahkah aku mahu pulang selepas majlis itu? Salahkah aku? Mereka tak faham apa yang aku rasa.. Aku ada sebab untuk semua itu.. Mereka pun tak pernah nak tanya dan ambil tahu..

Aku berada dalam keadaan tertekan dan sedih.. Aku sayang kerja aku sekarang nie.. Bukan mudah untuk aku dapat kerja ini.. Banyak yang perlu aku tempuhi.. Aku tertekan dengan keadaan kerja aku.. Aku perlu capai target dalam masa 15 hari.. Bukan mudah nak capai bila melibatkan duit.. Jika aku tak dapat capai target tue, aku akan dibuang kerja.. Apa lagi yang aku nak buat.. Bukan senang nak cari kerja sekarang nie.. Aku bertungkus lumus untuk capai target tapi tak siapa tahu perasaan aku.. Berdepan dengan pelanggan.. Macam-macam karenah yang perlu aku hadapi.. Tapi siapa yang peduli? Siapa yang ambil berat? Semuanya aku pendam sendiri..

Kenapa aku nak kerja hari isnin? 1. gaji aku belum masuk lagi..
2. aku kena jumpa boss untuk bincang pasal target..
3. aku kena jumpa MR untuk target..
4. aku kena jumpa LASS untuk complete document insurance..
5. Aku kena relief senior aku on leave sampai next week..

Semua nie baru aku taw malam ahad.. Salahkah aku nak balik dan kerja.. Mungkin salah sebab semua orang tak nak balik.. Semuanya salah aku.. Sebab aku pentingkan kerja dari keluarga.. Tapi tidakkah mereka tahu bahawa aku baru memulakan kerjaya.. Belum pun sebulan.. Perlukah aku tunjuk sikap yang tidak elok? Perlukah aku buat mereka punya tanggapan buruk terhadapku? Tak ada siapa yang mengerti..

Aku dah minta maaf kat ibu andai aku ada buat dia kecil hati dengan ku.. Tapi apa yang dia buat.. Pandang muka aku pun tak nak.. Salam pun macam terpaksa.. Dia tepis tangan aku.. Semuanya salah aku kan.. Aku nie jahat sangat.. Aku nie anak derhaka.. Mungkin aku bukan lagi anaknya..

Setiap hari aku berdoa agar Allah lembutkan hati ibuku dan keluargaku untuk memaafkan dan menerimaku.. Tapi aku tak tahu sama ada mereka menerima aku atau tidak..

Mungkin aku tidak lagi diperlukan dalam keluarga ini.. Kewujudan aku hanya menambah beban untuk mereka.. Kehadiran aku membuat hidup mereka merana dan tak bahagia.. Mungkin aku patut hilang dari pandangan mereka..

Ya Allah, aku mohon padaMu kau lembutkan hati ibu bapaku dan keluargaku untuk memaafkan dan menerima aku.. Andai aku tidak lagi diperlukan dan kehadiran aku menambah beban untuk mereka dan membuat hidup mereka tidak bahagia dan merana Kau bawalah aku pergi jauh dari mereka.. Jika aku akan menambah dosa mereka, Kau ambillah nyawaku.. Kau hilangkan aku dari pandangan mereka.. Aku pasrah Ya Allah.. Aku hanya ingin melihat mereka bahagia.. Aku redha dengan segala yang telah Kau tetapkan untuk ku.. Kau lindungilah mereka dan Kau jadikan mereka ahli syurga dan sentiasa mendapat rahmat dan perlindunganMu.. Hanya padaMu aku berserah.. Amin..

No comments:

Post a Comment